TEMAN SETIA

TOPUP!!!!!!!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM!!

fuhh!!penat memikior nak hupdate apa
akhirnya ketemu jua
terima kasih kepada HAFIZ kerana memberi idea kepadaku

dah ayat skema semacam
haha
okey2 aku nak cerita pasal topup la hari nie
bukan nak cerita sebenaqnya tapi nak survey

kepada yang membaca:::

dalam seminggu tue hampa topup bapa hari???
ka topup hari-hari nie
jenis yang spesis suka gayut memang sah hari-hari topup
macam aku zaman mula-mula berkenalan
gila hari-hari aku topup
sampai makcik kedai topup tue pun kenai aku *makcik ka auntie??
time tue memang kaya la orang yang jual topup lau ada 189729181juta orang macam aku


aku try nak tahan topup RM10 seminggu
tapi memang gagal
nafsu membuak-buak *sapa yang otak kuning nasib r
tambah pulak dengan SOS topup yang mengamalkan riba
kadang-kadang RM30 seminggu
memang habis la duit elaun aku


tapi tapi
sekarang dah kurang la sikit
sebab semua sibuk
bila free baru la aku kol en. kucing *dah tiba2 sebut nama dia
so aku berjaya menyelamatkan kredit aku
pergh RM10 dua minggu
TAHNIAH BUAT DIRI AKU
*ada  yang nak bagi pingat tak??


gila gambar xdk kaitan dengan entry...dah terjumpa nasib la


p/s :: entry nie terkecuali untuk yang pakai bil

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

Apa Itu SPAM Link????????

ASSALAMUALAIKUM!!

haha 
lama gila tak update *abaikan kalau intro aku semua macam nie
sihat ka weyh hampa semua
aku macam nie la
dok mencekik darah orang hari-hari

ok kita mula
nowadays as we all know there was to many to many spam *abaikan
sebenaqnya hari nie aku nak cerita pasai spam
sebab tadi time dok lepak-lepak dekat group
aku tengok macam ramai ja tak paham maksud spam
so mai pakat-pakat baca maksud spam

APA ITU SPAM?????

Electronic junk mail or junk newsgroup postings. Some people define spam even more generally as any unsolicited e-mail. However, if a long-lost brother finds your e-mail address and sends you a message, this could hardly be called spam, even though it's unsolicited. Real spam is generally e-mail advertising for some product sent to a mailing list or newsgroup.


Ha tue la maksud spam
jangan tanya maksud aku pun tak taw
pi GOOGLE TRANSLATE sendiri

senang cerita macam nie la
kalau nak taw link hampa post tue spam ka tak
bila hampa enter dia keluaq captcha
tak pun link tue menyala lampu warna biru *ayat aku jangan curi
paham dak nie??
kalau tak paham
kita pi ke penerangan secara bergambar *tadika betoi
|
|
|
|
|
\/


abaikan gambar jejaka itu

ha tue la spam
nampak tak lampu biru menyala??
spam nie boleh bagi melingkup fb hampa
silap-silap fb hampa tak boleh komen *serius tak tipu

so kalau orang kata tak boleh spam..
dah taw dah kan sebab apa
jangan ambik mudah benda nie
ok semua

eh sat
nak promote SB
mai-mai join group kami mai


OK BYE *kejadah besaq tiba2


p/s:: bangga admin kalau baca neyh

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

Hari Tanpa Nasi Sedunia

ASSALAMUALAIKUM

sebenaqnya malas nie nak update
tapi tak pa lah
memandangkan dah nak update jugak *betoi ka ayat nie

nie mai cerita sikit pasai pengalaman aku time hostel dulu
dulu aku dok hostel satu bilik 4 orang
aku sorang budak penang
yang len semua kelantan mari *sampai aku pun kecek kelate
ok abaikan
bukan nak cerita pasai tue pun
next paragraph
|
|
|
\/

ada la roomates aku sorang tue
dia tue perasan dia gemuk *harap dia baca
kalut nak diet
entah apa yang best sangat dengan diet nie
aku pun bagi la cadangan kat dia
buat Hari Tanpa Nasi Sedunia *suka2 hati bagi nama
kira hari tue tak boleh makan nasi langsung
tudia jenuh masing-masing pakat tahan perut
tambah-tambah time nak naik bilik kena lalu depan cafe
memang mengalahkan orang puasa la
terliuq gila
dah nak diet sangat kan

tapi tapi
nie bukan untuk roomates aku sorang ja
satu bilik tak boleh makan nasi *kejam gila aku
disebabkan idea aku yang amat bernas nie
maka terciptalah pesta maggie dalam bilik aku
tibai maggie ramai-ramai
best ooo
tukaq2 rasa maggie*padahal rasa sama ja
nie bukan megi nie spagetti pizza *xdk kaitan

|
|
|
|
\/
tapi tak lama pun bertahan hari tanpa nasi nie
mai time malam pi jugak turun cari nasi
baik tak payah diet
alahai roomates aku
cer contohi aku yang malas nak makan nie *perasan
tue ja la pengalaman aku
best dok hostel nie
boleh buat gila *padahal aku tiap2 minggu balik

so yang tue ja la aku nak cerita
tak best gila entry nie
dah nama pun aku tengah malas
so malas la nak taip
haha
kalau pandai cari la yang mana aku..time besday aku nie
 *saja nak bagitau

p/s:: jangan makan maggie selalu nanti tak cerdik

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

Sambutan Hari Lahir...Perlu Ka Tidak???

ASSALAMUALAIKUM

hai hai
ok hari ni aku buat entry yang agak serius
macam sebelum nie entry aku merapu meraban ja kan
so hari nie serius sikit la
tapi sebelum aku mula
baca nie
|
|
|
|
\/

PERLULAH DIINGATKAN BAHAWA ENTRY NI SEKADAR RENUNGAN


ok berbalik kepada tajuk
pernah tak hampa sambut besday
mesti penah kan???
mandi tepung,teluq,gulai basi (aku pernah buat)
mesti seronok kan
dapat kenakan kawan-kawan semua
memang sapa tak dak pengalaman tue
aku rasa cam rugi ja hidup dia *aku ada ok

tapi tapi
dalam seronok-seronok tue kan
pernah tak hampa terpikiaq macam nie

'tahun depan aku sempat lagi tak sambut besday'
'rasa-rasa tahun depan aku boleh tak lagi tengok muka keluarga dan kawan-kawan aku

pernah tak pernah tak
tak pa lah kalau tak pernah pun
aku cuma nak beringat
kalau boleh tue masa besday kita
selain sambut semua tue
ingatlah kepada ALLAH
sebab dia yang bagi kita nikmat untuk terus hidup
so setiap kali besday
bersyukurlah *kalau boleh sujud syukur
sebab kita berkesempatan lagi untuk hidup dekat dunia
berkesempatan lagi nak kumpul pahala banyak-banyak

satu lagi
kalau sambut tue tak payah la nak secara keterlaluan
buatlah kenduri kesyukuran ka
pastue lilin tue tak payah la kot
sebab kadang-kadang aku tengok
kalau umuq tue 18 tahun
tudia 18 lilin dok pacak atas kek
sampai tak nampak rupa kek

lilin nie kalau anda seorang ISLAM
jangan la amalkan
sebab menyerupai agama lain
bila menyerupai agama lain
hukum dia HARAM
bila dah haram
maksud dia sangatlah berdosa jika dilakukan
ok kawan-kawan yang disayangi

cuba bayangkan kalau hampa letak lilin
pastue tak sempat tiup *kot2 la sakan sembang
lilin tue kena kek
pastue kepoowwww!!!
kek meletup kena muka
kan membazir *apa aku merepek ni



takat nie ja kot
tak mau nak berletiaq panjang-panjang
sebab diri sendiri pun tak berapa nak betoi lagi
k harap entry berguna untuk semua
peace>>>>>>>>>

p/s:: malam nie malam jumaat..antara malam yang dimakbulkan doa :)


comel kan? hehe


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

Sayangi PC Anda

ASSALAMUALAIKUM

nak update nak update *sambil hentak2 kaki 
haha
penat kan hari nie (aku sorang ja)
pi sana pi sini
hantaq barang orang order *macam aku drive
ok abaikan intro yang merapu

kali nie aku nak kongsi tips untuk hampa semua
tiba-tiba jadi baik
haha
tips nie memang berguna sangat
tips pasal PC a.k.a komputer (laptop pun kira boleh rasa)
so blogger2 wajib baca
sebab sebab
dah nama blogger kan
mesti lah ada pc or lappy sendiri
kalau yang on9 dekat CC tue
suh owner CC tue baca *padahal tak start lagi isi

ok-ok
meh aku kongsi tips untuk menyelamatkan PC hampa dari mati tak berkubuq
|
|
|
|
\/


1. ELAK DARI HANG

nie khas untuk kaki tangan kepala on9 macam aku 
kalau boleh tue jangan la on9 24 jam
bagi la binatang (PC) tue rehat sama
kesian dia kot
letih tak dapat nak tidoq *ok merapu
kalau hampa tak bagi dia rehat
dia merajuk pastue hang
time tue jangan pulak hampa mengamuk,tendang tak tentu pasal
hampa yang salah nak salah PC pulak
satu lagi kalau tak mau bagi PC hang
buatlah disk clean up
cara nie boleh bagi hard disk hampa tue ada la sikit ruang
so bila hard disk tak penuh
PC pun susah nak hang
(dulu time bodo bila PC hang pi cabut main plug)


2.KEMASKINI

atau omputih cakap update
penting ooo benda nie
pernah tak hampa tengah main PC
tiba-tiba keluaq warning pop-up
(nak tunjuk tak boleh sebab tak naik pulak kat laptop aku)
ha kalau dia keluaq kan
ikut ja arahan yang dia suruh
kalau nak senang set ja bagi jadi auto
so bila hampa nak on9
dia akan update sendiri
tak dak lah virus senang nak masuk
(betoi ka nie)

3. RAJINKAN DIRI

Bagi yang baloq liat (malas) macam aku nie
kena la bagi rajin
rajin-rajin la cuci PC or laptop hampa
habuk-habuk tue kasi buang
boleh selsema kot PC hampa
tak susah pun
pi ja kedai beli PC cleaner
vacuum untuk PC pun ada jual
pastue cuci
bukan mahal pun

sila contohi aku ok *perasan

4. PENTINGNYA RESTORE

restore ni rasa-rasa aku macam backup file la
bila buat macam nie tak da lah hampa nak risau
mana lah nak taw tiba-tiba segala benda lam PC hampa hilang
tak ka susah
habis semua assigment , gambar awek pkwe hilang habis
macam mana nak buat restore kena tanya kepada yang pakar
aku tak berapa reti
(insiden ini pernah terjadi kepada Mr Kucing,habis gambar aku hilang)


5.ATURKAN FAIL

Ha nie lagi satu
kadang-kadang tue bila aku pinjam laptop kawan-kawan
bukak-bukak ja macam nak pengsan
desktop sampai tak nampak background
(maksud dia banyak file)
cannot cannot like that *tiba-tiba
bersepah komputer hampa
nak cari file pun susah
cuba la hampa susun elok-elok file tue
buat folder khas
bagi cantik-cantik
tak lah hampa kelam kabut ribut
bila urgent nak cari file kan
pastue file yang rasa memang tak mau guna
lempaq buang la
pastue uninstall software yang rasa tak pernah guna
baru komputer ringan sikit
(nasib aku dah ada kesedaran)



tolong kata laptop aku cantik *ayat mintak penendang



p/s:: tips nie boleh jimat duit hampa kot...
tak payah la nak format laptop banyak kali


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

Akulah SI KATAK

ASSALAMUALAIKUM

eh chup2 
nie psaipa dok gelak tak berhenti *ayat bajet
sila jangan gelak dengan tajuk entry aku ok
memang btoi pun tajuk tue

ha nie meh aku nak cerita sikit
hampa ada tak binatang kesayangan
mesti ada kan
kucing,hamster
alah aku pun ada bela pets la weyh
nak taw tak aku bela apa 
sila scroll ke bawah sedikit demi sedikit
takut ada yang mati kat sini
|
|
|
|
|
|
\/

tadaa!!!!
dua ekor katak yang sangat comel macam aku
jangan geli la weyh
memang serius aku bela binatang nie
haha
aku fanatik katak weyh
aku minat katak dari form3
sebab masa ada katak masuk kelas aku
time tue semua tak berani buang katak tue
pastue aku pun buat berani (penakut sebenarnya)
ambik katak tue letak kat luaq
haha
begitulah flashback saya
dan dan aku ada banyak sangat koleksi barangan katak
sila scrool ke bawah untuk gallery katak aku *perasan
|
|
|
|
|
\/

nie keychain aku gantung dekat beg tapi dah hilang :(

nie beg shopping lalala~~

notes clip yang tak pernah guna

paper clip


hp strap *sila abaikan tgn aku

sebenaqnya ada lagi sekoq katak
hp strap Mr Kucing bagi
tapi time nak post entry tadi dia melompat pi mana tak taw
(ampun ya pak kucing)

dan dan
disebabkan minat yang mendalam *abaikan ayat nie
aku pun jahit sekoq katak nie

|
|
|
|
\/

buruk kan kan??
haha

ok bai


p/s:: boleh aku bukak muzium katak lepas nie

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

Pengelike Status Aku Dekat FB Setaraf Dengan LISA SURIHANI

ASSALAMUALAIKUM

lai lai entry baru lagi *tiba2 jadi semangat
hampa semua suka tak main like2 dekat fb
kalau tanya aku
toksah dok kata apa la
aku la pengelike tegar
komen haram tak pun
kadang-kadang kalau terlebih rajin sampai setiap komen aku like
*mesti orang geram kat aku

nak cerita pasal like nie
pada suatu hari tiba-tiba
puuuppp
kawan aku  bagitaw
'weyh hang HOT kan'
aku punya la blur dengan ayat tue
rasa cam nak ja aku penampor budak tue
aku pun tanya la pasaipa
terus dia tag satu pic dekat aku (scrool bawah untuk melihat)
|
|
|
|
|
\/



sila fokus dekat anak panah tue
jumlah like = 6,496
tudiiiiaaaaaaaaaa
macam status LISA SURIHANI weyh *bangga
aku pun tak taw la kawan aku edit ka apa
sebab dia cakap memang dia bukak ada macam nie
tapi agak2 la kan fb limit 5000 friend
kawan aku dekat fb tak sampai 5000
macam mana like bleh 6000++
lagipun status aku friends only

dan disebabkan benda nie
aku kena perli hari-hari
pffttt 
geram jugak la
aku bukan artis pun
nanti tak pasai2 orang cakap aku perasan

tapi tapi
disebabkan nak sangkal benda nie 
(sila muntah hijau dengan ayat nie)
aku pun mengeluarkan bukti
aku pun print screen jugak weyh
ingat nak dok diam
|
|
|
\/


tengok betoi2 jumlah like = 9orang ja termasuk aku
memang jauh bermeter la beza dengan yang kawan aku bagi
sampai la aku dok pikiaq sebab benda nie jadi...
adakah fb yang bersalah atau member aku pakar IT
encik Mark sila beri jawapan *macam dia pandai melayu


p/s:: mesti kak lisa tergugat bila baca post nie..wahaha

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

Bila Aku Belajar Menjahit

ASSALAMUALAIKUM

setelah hampir sebulan bersengkang air mata
akhirnya kegembiraan terpancar (memanjang ayat bajet minah nie)
lantak ar bukan nak cerita pasal tu pun
haha

weyh nak bagitau dekat seluruh pelusuk dunia
bahawasanya aku telah dibuang kerja
mintak cuti dua bulan sebab tisu kaki terkoyak
kena buang kerja terus
oh my boss pfftt (mencarut versi sopan)

so sekarang penganggur yang paling terhormatlah kan
duduk rumah goyang kaki jahit sana jahit sini
ok tolong percaya yang sekarang aku sedang menjahit *bangga neyh

nie la apparatus aku..semak gila



jangan tanya la napa macam sikit ja kan
siap dengan gam lagi
jahit kebenda nya
haha
harap maklum
aku bukan jahit baju pun
aku jahit binatang ney haa (scrool bawah sikit please)

|
|
|
|
\/


tadaa!!!!

ok sila gelak dengan pantasnya 
buruk kan???
kuda laut yang tak berapa kuda
macam mana la tue kan
tak pa
nie baru mula ja
tengok la nanti
pro pun kalah wa cakap lu *sila abaikan

yang tue ja nak cerita
tak taw nak post apa sebenaqnya
adios~~

p/s:: nie kalau buat bisnes pun ok jugak kan


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

Jom Makan Buah Staq

ASSALAMUALAIKUM

hello hello
pergh lama kot tak masuk dunia blogger
(ayat tak boleh blah)
bukan apa baru ada semangat nak taip

ok jom kita fokus dekat tajuk hari ini
wah wah mesti ada yang tergeliat lidah baca tajuk post aku ini
haha
orang utara ja yang faham aku rasa

hampa semua pernah dengaq tak buah staq 
(tak pasti bahasa buku panggil apa)
ha dia kalau bahasa besa 'SETAR' (kalau tak silap)
tapi tak sedap la bunyi
kan kan
hehe

yang tak pernah taw tue meh2 aku tunjuk gambaq
|
|
|
\/

NIE LA GHUPA BUAH TUE



kalau nak taw rasa macam mana
rasa dia masam-masam sikit
tapi sedap ooo
try la rasa
tapi susah nak cari buah nie
aku pun rasa dapat makan setahun sekali ja
tue pun ayah aku rembat mana tah

hat tue ja aku nak share
bosan kan entry nie??
haha

p/s:: ALOR STAR kat kedah tue dapat nama dari buah nie kot kan :)


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

JOM JOIN CONTEST F&N PULAK!!

ASSALAMUALAIKUM

wah best gila dapat cuti hari nie
sampai pukul 10 aku tidoq
(punya la malas anak dara nie)
serius weyh letak gila kerja siang malam
gaji tak banyak-banyak jugak
mampus kalau bos aku baca
(dia ada blog ka,facebook pun tak taw benda apa)

ok la kita pi dekat tajuk terus la
tak larat berletiaq
tadi kan aku bukak dari satu web ke situ web
tiba-tiba puuup!!
terjumpa contest lagi
(rajin pulak join contest)

tapi tapi
contest F&N yang buat
tak la susah mana pun contest dia
tapi hadiah pergh
IST PRIZE PEUGEOT
(lesen pun tak dak)

so aku tak mau la nak masuk contest sorang
aku nak ajak hampa semua
jom weyh join
tak taw nak join ka??
adeh..ney ha aku tolong

meh meh join ramai ramai
ajak la orang kampung semua sekali
tak kena duit pun
untung-untung boleh menang kan

ayaq favourite aku :)

p/s:: harapan untuk menang gila tinggi weyh (berangan kuat)


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

JOM MINUM!!

ASSALAMUALAIKUM

hello hello
lama rasa tak update kan??
(lama la sangat)

sory la kawan-kawan agak busy sikit
(ayat bajet macam ramai sangat nak baca)
tak pa lah..janji semua hepy
ha blogger2 sekelian sihat ka??
harap sihat la semua naa

ha lupa pulak pasal tajuk entry
mesti hampa aku ajak hampa minum carlsberg or tiger
haha 
aku tak teguk la ayaq setan tue
sebenaqnya tadi aku pi la 7 eleven
pastue nak beli ayaq
punya la pening tak taw nak beli yang mana
(besa la ayaq banyak jenis sangat)
tiba-tiba terjumpa ayaq
|
|
|
\/

ICE APPLE TEA..
pergh sedap weyh
selalu dok dengaq ice lemon tea ja kan
ha ada weyh ice apple tea
(ka aku sorang ja yang tak taw)

rasa dia sedap la
ada rasa apple campuq ayaq teh
(cam bodo ja ayat)
tapi memang betul sedap
kalau tak percaya hampa try la sendiri

p/s:: 7 eleven ada buat contest hadiah pergh memang best
kalau nak taw contest apa
pi la 7 eleven pastue ambik kad macam bawah nie

aku nampak dslr tue ja nikon d3100 kot :)


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

COPYRIGHT @ NYAMUK TERBANG 0216