TEMAN SETIA

GEMPAR | Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan

ASSALAMUALAIKUM......



       Hello readers...tadi balik kampung sebab nak ambik barang customer..tetiba mama cakap Karpal Singh dah mati..so far aku kenallah sapa dia nie...ada la jugak ikut perkembangan dia sikit-sikit..and jujur memang terkejut la jugak dengar berita nie kan...ok mendiang Karpal Singh nie asal dari Penang jugak...sama dengan aku....nie berita lanjut tentang kemalangan...



Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara di Kampar awal pagi ini. Pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez turut maut dalam kemalangan itu yang membabitkan kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki mereka dengan sebuah lori dalam perjalanan menuju utara berhampiran Gua Tempurung.Menurut sumber Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.Kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan






        Siasatan tengah dijalankan....kalau korang nak tahu detail boleh baca dekat SINI 


       Apa-apa pun salam takziah buat keluarga mendiang Karpal Singh


*nota NT :: R.I.P Karpal Singh

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

2 sayang gua:

Umie Artoqiemie said...

kesian kat dia.. dia salah satu pemimpin yang berprinsip.

tiey smilez said...

Takziah untuk beliau. Walau ape pun bangsa, agama dan politik yg dibawa oleh beliau, kematian beliau sama2 kita hormati.

Xperlu nak keji atau maki, yg pasti urusan dia dengan Allah.

COPYRIGHT @ NYAMUK TERBANG 0216