TEMAN SETIA

PANAS | Guru Ditembak Mati di Kulim

ASSALAMUALAIKUM.......




        Hello readers...lama rasanya aku tak update entry dengan isu panas panas kan..kalau dulu memang banyak la isu panas yang aku update..sekarang aku dah malas nak cari...lagipun takde masa...nie pun terpanggil nak tulis sebab benda jadi dekat sangat dengan aku....



         Tadi masa dalam office aku dengar banyak kali bunyi ambulans..tapi tak syak apa la sebab kilang aku tu memang laluan ambulans lalu pun..dekat dengan Hospital Kulim....masa nak balik aku tengok polis belambak tepi jalan....memang tahu dah accident..teruk jugak la..even mangsa dah dibawa ke hospital...4biji motor + 1 kereta...motor tak payah cakap la wey..berkecai...kereta nya pulak remuk teruk....pecah cermin depan belakang...memang aku rasa driver dia pun teruk....tapi bukan nie aku nak cerita pun...


         Masa balik tadi ada gak la aku dengar dekat parking pasal orang kena tembak segala..kecoh jugak...pastu balik rumah Apit kol cakap ada orang kena tembak dekat Simpang 4 Keladi...bukak fb tengok ada orang post artikel pasal benda nie




KULIM:Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.

Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.

Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.

"Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.

Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.

"Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian," kata Mohd Nashir.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim.

Seorang pemandu Mat Lin Saad, 62, berkata beliau sedang memandu di hadapan kereta mangsa dan apabila tiba di simpang lampu isyarat tersebut, beliau terdengar bunyi letupan seperti mercun.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi kereta saya dilanggar dari belakang. Saya turun dari kereta saya untuk melihatnya dan mendapati orang ramai sudah mengerumun kereta di belakang saya. Saya turut melihat mangsa yang berlumuran darah meronta-ronta sebelum tidak lagi bergerak," katanya.

Zulkiffli Itam, 45, pula berkata beliau yang berada di jalan yang bertentangan ternampak dua lelaki menaiki motosikal mengekori kereta mangsa.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan dua lelaki yang menaiki motosikal itu terus memecut motosikal mereka ke arah Taman Selasih," katanya.



        Benda jadi tengah hari tapi baru malam tadi aku tau..padahal dekat ja pun dengan rumah aku....hari-hari aku lalu jalan nie..memang tempat nie femes la dengan kes jenayah..aku pun tak tau kenapa...ragut pun jadi area nie jugak...mat rempit banyak pun area nie jugak...sebab kes nie aku jadi macam takut nak lalu sensorang naik motor..sampai nak gi bank pun 10 biji motor ikut aku*serius nie untuk teman.....pastu tadi merata polis dok ada kat kulim..maybe tengah siasat kot kes nie..hmm hmm so yang dok area nie atau mana-mana kawasan hati-hati lah walau dimana sahaja anda berada kbye...



*nota NT : Esok balik kampung yeayyy



TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

0 sayang gua:

COPYRIGHT @ NYAMUK TERBANG 0216