TEMAN SETIA

TIPS | 9 Langkah Turunkan Berat Badan

ASSALAMUALAIKUM...hello readers



       Seronok weyh check email seminggu sekali..sebab dapat menyerabutkan kepala....banyak gila email...nak deleta all...risau puulak ada yang penting...dalam banyak2 email ada pulak yang email aku tips turunkan berat badan..entah bila aku mintak...tapi takpe lah..at least boleh ler aku share dengan korang kan..kepada yang sent email tu mhon kebenaran ambil email awak tempek sini yer....




9 TIPS TURUNKAN BERAT BADAN :


1) Perlukah kita menimbang selalu berat badan kita?
 - Ya! Kajian telah membuktikan bahawa dengan memantau lebih kerap berat badan kita akan 'merangsang' minda dan memberi motivasi untuk menurunkan berat badan. Seeloknya timbang berat seminggu sekali.
2) Adakah saya perlu elakkan dari mengambil lemak untukmenurunkan berat badan? 
- Tidak! Anda perlu mengambil lemak. Lemak penting untuk sintesis hormon. Namun bukan semua lemak anda boleh ambil.Lemak tidak tepu (unsaturated) sahaja dibenarkan. Sebagai contoh, olive oil, fish oil & kekacang. 
3) Minum air masak sebanyak mungkin membantu menurunkanberat badan? 
- Ya! Namun kajian membuktikan minum air masak satu gelas sebelum sarapan, lunch dan dinner dapat mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 30%. Jadi minum air masak dulu sebelum makan. Malah air masak dapat tingkatkan pembakaran  lemak dan meningkatkan metabolisma badan. 
4) Ok ke makan banyak2 ketika lunch dan ketika dinner tidak makan? 
-Tidak boleh. Ia akan menyebabkan pankreas anda bekerja lebih kuat ketika lunch dan meningkatkan tahap kelaparan 'craving' ketika dinner. Malah teknik ini akan menurunkan kadar metabolisma anda. 
5) Makan secara perlahan-lahan adakah bagus? 
- Ya tepat sekali. Ini kerana badan kita akan terima signal kekenyangan dalam tempoh 15 hingga 20 minit selepas perut kita penuh dengan makanan. 
6) Perlu ke saya merancang setiap makanan yang ingin saya ambil? 
- Para pengkaji telah berpendapat, seseorang yang merancang plan pemakanannya akan berjaya dalam mengekalkan bentuk badan yang ideal. Perancangan ini telah membantu mereka daripada mengambil snack atau makanan yang merapu-rapu. 
7) Adakah diari kalori membantu saya dalam menurunkan beratbadan? 
- Ya betul! Diari kalori dapat membantu anda mengesan 'lebihan' kalori yang diambil. Selain itu, ia juga dapat menunjukkan 'pattern' atau corak pemakanan kita pada masa lampau. So masa gemuk anda dapat tahu bagaimana corak pemakanan anda, dan masa kurus pula anda tahu apa yang anda makan. 
8) Perlukah saya mengelakkan diri dari makan karbohidrat? 
- Tidak perlu kerana anda adalah manusia. Lainlah kalau anda adalah herbivor atau karnivor.Karbohidrat sangat penting sebagai sumber tenaga utama bagi diri anda. Namun kurangkan pengambilan karboidrat ringkas seperti gula, ais krim, coklat dan junk food. Sebaliknya ambillah komplek karbohidrat seperti roti wholegrain dan brown rice. 
9) Kerap tidur menyebabkan kegemukkan? 
- Tidak! Tidur sebenarnya sangat membantu dalam plan 'weight loss' anda. Kenapa?Sebab tidur yang cukup dapat membantu anda mengurangkan rasa kelaparan "craving". Lebih banyak anda berjaga, lebih lapar anda rasa.Kedua dengan tidur yang cukup ia dapat menstabilkan metabolisma dan membantu anda 'cut off' kalori sebanyak 6%. Sebab anda tidak makan ketika tidur!



Gigihkan lah minda korang untuk baca..aku pun naik juling dah baca...xoxo


*nota NT : jom sesama kurus

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

3 sayang gua:

CXopportunities said...

terbaik! nice sharing dear :)

Namee Roslan said...

thanks nyamuk !! hehe.

Azhafizah MN said...

nak sangat turun berat ni..adeshh..thanks ya

COPYRIGHT @ NYAMUK TERBANG 0216