TEMAN SETIA

REVIEW | Longkai

ASSALAMUALAIKUM....



       Hello readers....horayy setelah sekian lama tak tengok wayang...akhirnya tadi terjejak jugak kaki dekat Megacineplex Megamall Penang*tak tahu eja betul ke idak..belasah...plan awal memang nak tengok Longkai...tapi tengok jam dah 7.45pm..tue pun still dekat rumah...start movie 8.15pm...perjalanan dari rumah ke sana..ada dekat sejam jugak la....memang pasrah..dan memang tak sempat...so plan nak tengok movie yang pukul 9.30pm..cerita apa tah..lupa dah aku...



      Dah sampai sana...rupanya ada Longkai untuk 10pm..apa lagi terus rembat la...dah Apit cakap nak sangat tengok Longkai sebab ada kereta lawa-lawa katanya...aku ikut je lah sebab aku pun minat kereta...kahkah...*dok buat minat boleh...






Sinopsis :
Eddie dan Bada merupakan pasangan adik beradik longkai yang ditugaskan untuk menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rimau, seorang wanita yang berjiwa besi. Rimau diam-diam menyimpan perasaan kepada Bada. Mojo dan Bayam merupakan musuh tradisi Eddie dan Bada. Namun adik perempuannya, Soraya telah bercinta dengan Eddie secara senyap-senyap. Zarina, seorang wanita misteri sering mengunjungi bengkel Rimau dan kehadirannya mengubah hubungan Eddie dan Bada. Ini membuatkan Rimau mengesyaki tujuan sebenar Zarina muncul. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu Rimau. Mojo pula semakin geram kerana segala rancangan jahatnya akan dipatahkan oleh geng Eddie. Dia yang mahu balas dendam cuba meminta bantuan Naga, taiko terkenal. Adakah Eddie terselamat? Siapakah Zarina sebenarnya? 


Sumber : SINI



Komen aku :


         Cerita nie aku rasa macam best sebab ada part kereta tue....tambah ada Satria Neo...hoiii kereta idaman tue...sambil tengok cerita nie boleh sambil boleh berangan lagi tau...ada jugak part yang aku rasa macam lawak...aku sorang ja la kot rasa macam tu..sebab cerita banyak lelawan..tumbuk..lompat..tendang semua...cuma ending ja aku rasa macam kureng sikit...tapi boleh enjoy la tengok cerita nie..korang jangan lupa pergi tengok tau..confirm tak menyesal....


*nota NT :: wawa zainal 


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

0 sayang gua:

COPYRIGHT @ NYAMUK TERBANG 0216