ASSALAMUALAIKUM....
Hello readers...semakin hari semakin kureng pulok idea untuk update nie..sejak keja nie...dah tak berjalan merata so idea tak datang untuk update..nampak??kiranya kalau korang nak dapat idea untuk update blog..silalah panjangkan langkah anda..sebab bila korang keluar..banyak sangat benda di sekeliling korang yang korang boleh jadikan medium untuk update blog*bahasa tinggi kau
Disebabkan cuti encik Hafiz last minggu nie..so dia pun ajak lah aku kuar jenjalan sat...aku nie pesen takleh dok lelama kat rumah..nanti meroyan...haha..serius...keluar makan2...pastu tengok wayang...tapi kali nie kitaorang tengok berempat..bawak kenkawan sekali..dah semua cuti kan...sekali sekala keluar ramai2 best tau....kebetulan semua 4 orang decide nak tengok Adnan Sempit 3...tapi dalam hati aku memang nak paksa semua tengokk cerita tu pun..kahkah...aku tak tahu kenapa aku gila sangat dengan cerita nie..dari Adnan Sempit,Adnan Sempit 2 sampai lah Adnan Sempit 3 nie aku tak terlepas tengok tau..padahal boleh je nak download..cuma feeling tengok dekat dalam panggung nie lain sikit..yer dak???so nie review untuk filem tu
Adnan Sempit 3 mengisahkan kisah kehidupan Adnan (Shaheizy Sam) yang telah berkahwin dengan Nadia (Intan Ladyana) dan Wawa(Yana Samsudin) yang telah berkahwin dengan Bobby(Along Champ).Kalau tengok cerita Adnan Sempit yang sebelum nie hidup Adnan macam sesak sikit kan....tapi dalam Adnan Sempit 3 nie dia dah jadi kaya sebab bapa mertua dia dah bagi tanggungjawab untuk uruskan syarikat.Kehidupan 4 sahabat nie jadi lebih bahagia selepas Wawa dan Nadia disahkan hamil.Namun konflik terjadi apabila Adnan berkenalan dengan Zita (Shima Anuar) yang juga merupakan rakan sekerjanya dan Bobby pula mengalami masalah kewangan.Mampukah 4 sahabat ini berdepan dengan masalah yang dihadapi??Adakah Bobby akan kembali berlumba untuk menyelesaikan masalah kewangannya??Dan apa yang terjadi kepada Nadia selepas mengetahui hal Adnan dan Zita??
Ha kalau korang nak tahu kesudahan cerita nie cepat-cepat la serbu pawagam yang dekat-dekat korang.Serius tak rugi tengok.Memang sangat best..aku tengok dari awal sampai habis asyik ketawa jer...Selamat Hari Raya uolls
*nota NT : Perenggan last rasa macam feeling pelakon cerita nie pulak..ekekeke
1 sayang gua:
macam best...tapi tengok trailler mmg best! alahai tggu masa je nak g tengok..huhu
p/s: selamat hari raya! i follow u~~
Post a Comment