TEMAN SETIA

TIPS | Kurus Secara Sihat

ASSALAMUALAIKUM.....




         Entry kali nie aku bagi tips diet pulak untuk korang..alah aku yakin sangat memang ramai dekat luar sana yang nak badan cantik kan...tak salah kalau berdiet...tapi jangan lah diet sampai boleh makan diri sendiri...tak berbaloi dik oiii....jujur aku sendiri yang tengah amal diet nie...dan berkesan...so aku nak share dengan korang pulak....fyi....diet nie pun aku ambik sedikit dari cara diet Aizat..penyanyi tue...aku percaya dengan diet cara dia sebab tengok dia sendiri dah berjaya kurus sampai macam tue kan...why not kita pulak cuba....




1. JAGA PEMAKANAN


- Benda yang paling penting dalam berdiet mesti lah cara pemakanan...elakkan dari makan makanan yang berminyak....kalau ikut diet Aizat...dia tak sentuh langsung nasi...dan banyak makan makanan organik....serius memang berkesan...kalau anda seorang yang tak dapat bertahan tanpa nasi...cukup lah hanya secawan nasik...dan banyakkan sayuran...dan jangan lupa ambik protein seperti ikan..kerana protein boleh memberikan tenaga...selain itu anda juga boleh gantikan nasik dengan oat..kerana oat adalah makanan terbaik dalam penyerapan lemak...serta baik untuk jantung



2. BANYAKKAN SENAMAN


- disiplinkan diri anda dengan bersenam...cukuplah sekadar 30 minit sehari...samaada berbasikal,berjalan mahupun berjoging....jika anda betul-betul mahu turunkan berat badan....pastikan anda bersenam setiap hari...dan jangan tinggal walau sehari....jangan lupa 'warm up' dulu badan anda...agar otot2 anda tidak mengalami kejutan...bagi mereka yang mempunyai masalah perut buncit...lakukan sit up....selain dapat mengempiskan perut....ianya juga dapat menguatkan otot perut anda



3. UKUR SAIZ ANDA



- pastikan anda menyediakan satu buku khas untuk diet anda...dimana dalam buku tue catat setiap perubahan pada diri anda...seperti berat anda...ukuran pinggang,perut,punggung dan paha....ini dapat membantu anda menilai sendiri sama ada diet anda berkesan atau tidak...selain itu ianya juga dapat memberi anda semangat untuk terus berdiet...



4. ELAKKAN MAKANAN RINGAN



- ramai berpendapat bahawa...dengan memakan instant food dan makanan ringan...seperti mi segera dan keropok dapat mengelak dari berlakunya penambahan berat badan..sebenarnya fakta tersebut salah sama sekali....mi segera adalah punca anda gemuk...tak percaya??try buat kajian sendiri...selain itu ianya juga dapat memudaratlan kesihatan...selain dapat mendekatkan diri anda kepada penyakit berbahay seperti kanser dan masalah buah pinggang...air yang bergas juga amatlah tidak digalakkan kepada mereka yang berdiet...selain boleh menambahkan kandungan gula dalam badan..ianya juga dapat menaikkan berat badan anda dengan cepat...





        Ok yang tue saja tips dari aku...nasihat aku...tak susah nak kurus tapi kena pastikan diri betul2 berdisiplin...dan jaga pemakanan..selamat mencuba :)


*p/s: jangan kerana ingin kurus dengan cepat anda jatuh sakit






TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

7 sayang gua:

Anonymous said...

mcm mna dgn msalah saya suka ayam goreng :P

*rienrose.com*

Anonymous said...

wah trimas sbb sharing :D nanti nk try tips ni :D

Semut Senyum said...

wah wah... dah mcm kaunselor kesihatan sekarang ye... emh, saya kene kurangkan kunyahan jajan ni...! ehhehe

Azhafizah MN said...

ni yg payah ni..segala jenis tips try dah..bila nak kurus ni..adeshhh =__='

Unknown said...

fuyoo..anda perunding pengkurusan yang gua carik!! :p

Namee Roslan said...

haaa elok ni. untuk partner saya! hehe. dia tengah diet tapidiet nasi lah skang ni. hihi

aindzaya said...

ta perlulah kot ain berdiet kang jadi hantu tulang pulak...kui

COPYRIGHT @ NYAMUK TERBANG 0216