TEMAN SETIA

(BW) RESEPI | Agar-agar Cocktail


ASSALAMUALAIKUM.....




        Hari nie Atie nak kongsi dengan korang resepi pencuci mulut...resepi nie sangat simple dan sangat mudah nak buat..so jom tengok bahan-bahan yang diperlukan...




BAHAN-BAHAN

1 kotak serbuk agar-agar (Atie guna jenama Nona)
400ml air (bergantung kepada jumlah serbuk agar-agar)
1 tin buah-buahan cocktail (ikut suka nak guna peach boleh)
Bekas agar-agar (guna tupperware pun ok)



ok bahan dia sangat mudah dan senang nak dapat...jom tengok cara nak buat



LANGKAH-LANGKAH

1. Didihkan 400ml air ke dalam periuk... 
2. Masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit sambil mengacau...make sure korang kacau tau sebab agar-agar nie cepat beku 
3. Masukkan dua senduk air buah-buahan cocktail...air saja tau....buahnya disejat dan terus mengacau sehingga mendidih 
4. Susunkan buah-buahan cocktail tadi ke dalam bekas mengikut kreativiti 
5. Setelah agar-agar tadi mendidih..sejukkan seketika dan tuangkan ke dalam bekas yang telah disusun dengan buah-buahan 
6. Sejukkan di dalam peti sejuk dan biar sehingga 2-3 jam... 
7. Sedia dihidang



      Makan sejuk-sejuk lagi sedap..kalau ikut satu kotak agar-agar dengan 400ml air tue...Atie boleh dapat 20 ketul agar-agar sebab Atie guna acuan yang bentuk macam2 tue..dan satu tupperware kecil..banyak jugak la..tapi sehari jer boleh habis..nampak sangat sedap..ngahaha...




memang failed bab ambik gambar


*p/s: GA dah nak tamat cepat join




TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

5 sayang gua:

Azhafizah Md Nor said...

comel acuan dia..mesti sedap ni.

Amal Espraza said...

kau reti ke masak? haha. aku bab2 masak ni haram tak reti. hehe. tapi bagus gak pompuan reti masak. aku takpe lelaki. hehehe

hafizah sarmadi said...

kalau rajin balik cuti mid nak try ni . macam senang je .

Ros Anisza said...

Senang je cara buat agar-agar cocktail ni.. Selalu buat cocktail yang jenis air tu. Boleh cuba nanti.

Sya Hyo-Sonn said...

dulu pernah try buat pastu tak menjadi .. nak try jugak resepi ni ;)

COPYRIGHT @ NYAMUK TERBANG 0216