TEMAN SETIA

Misteri Lebuhraya Karak

ASSALAMUALAIKUM!!!

awas!!!
entry ini berbaur seram
hampa pernah tak tengok movie KARAK
mesti pernah kan
best cerita tue
aku sendiri pun ulang sampai dua tiga kali *besa la fanatik cerita seram
|
|
|
|
|
\/

apa yang aku faham
cerita nie adalah cerita sebenar sebab lebuhraya tue memang 'keras'
aku sendiri tak pernah lalu jadi tak pernah rasa pengalaman
tapi aku hanya dapat dari sumber-sumber di internet
jom layan cerita yang aku dapat

Cerita 1 ::

Cerita nie jadi masa bulan November 2010..Polis terjumpa sebuah kereta dalam keadaan terbalik dan terbenam di dalam lumpur tanpa pemandu. Semua cermin kereta tue tiada..tak tahu lah samaada pecah atau *****???Bahagian enjin kereta tue terbenam ke dalam lumpur manakala plat pendaftarannya hilang.Usaha mencari pemandu kereta tersebut gagal kerana tidak menemui sebarang petanda.Difahamkan semasa dalam perjalanan membawa kereta tersebut,kedua-dua kereta tunda yang membawanya rosak secara tiba-tiba...Akhirnya kereta tersebut terpaksa 'disemadikan' semula di kawasan ianya ditemui... sumber:: SINI

  hampa rasa kereta nie ka yang dalam cerita karak tue..err??


Cerita 2::

Sepasang suami isteri berhenti di persimpangan jalan kerana kereta mereka berlaku kerosakan.Si suami meninggalkan isteri di dalam kereta kerana ingin mendapatkan bantuan.Sebelum meninggalkan isterinya,si suami berpesan agar isterinya tidak keluar dari kereta tersebut.Tidak lama selepas itu,si isteri terdengar bunyi ketukan dari atas bumbung kereta.Kemudian,sebuah motosikal melalui jalan tersebut.Namun,selepas beliau mendongak ke atas bumbung kereta tersebut,beliau terus memecut laju motosikalnya. Rupanya mayat si suami berada di atas bumbung kereta tersebut dalam keadaan tanpa kepala.Adakah ini realiti atau sekadar mitos?? Sumber:: SINI


kalau sapa yang pernah tengok movie KARAK..ada scene yang lebih kurang macam cerita nie..
scene tue masa first cerita
perasan tak??


Cerita 3::

Orang yang lalu laluan nie selalu kena kacau dengan kereta Volswagen Kuning.Kereta tue selalu akan potong kereta yang lain.Banyak yang nasihat supaya jangan memotong balik volkswagen tue jika tidak ingin perkara buruk berlaku.Sumber :: SINI


eh sama dengan movie KARAK juga kan
lepas ja volkswagen tue potong depa terus budak-budak tue jatuh gaung
kan??

banyak kemalangan yang jadi dekat kawasan nie
terlampau banyak
pendapat aku??
kalau kemalangan nie mungkin dari sikap lalai pemandu
atau mungkin juga mereka 'diganggu'
sebab benda-benda halus ni wujud
apa-apa pun percaya kepada ALLAH
dan mulakan perjalanan anda dengan doa
INSYAALLAH akan selamat

p/s:: time aku baru nak buat entry nie..ada benda pelik jadi...









TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

16 sayang gua:

cik ery said...

eee.seram..


bende pelik ape weh yg jd?

Nyamuk Terbang said...

@cik eryaku dgr suara org kt luar rumah..tpi xder spa pn..grrr

trigyy said...

maybe cite karak adaptasi dr cite2 ni.. kan kan

Nyamuk Terbang said...

@trigyyha'a byk versi aku bca tpi smua ad dlm crta tue

Iz's said...

huu , seram woo .

ROI said...

Sebenarnya kan...aku agak kecewa ngan cerita krak tu...x cukup seram...

cik ery said...

@Nyamuk Terbang

sebelom nak cite cite seram.mmg ang kene feel sndri.hehe


bru teknik penyampaian 2 berkesan.kehkeh

Nyamuk Terbang said...

@cik eryerr...mmg sgt berkesan..meremang woo

selamberK said...

serem nie..hahha
2 sume ilusi..haha

Urzain Hussain said...

yup2..
ini memang kisah benar..
sebb tuh kerajaan buad highway baru ganti highway karak tuh tapi cam ada tempias je dekat highway baru tuh..

AdinLala said...

Serammmmmmm nie, Hehehe.. Macam macam betul highway karak nie..

Nak terbang naik beskal mini ?? Hehe
JOM terbang ke ENTRI TERBARU AdinLaLa !
- Macam tak raya jer??

Penyu said...

baru lalu karak raya lepas. jumpa shahir la. kehkeh

Nyamuk Terbang said...

@Penyushahir jd hntu ker??
lalala

an nyek said...

volkswagen berhantu...legend tu...sejak dr kecik ag dgr sal citer hantu nie...

Namee Roslan said...

aaa takut nya. tapi org banyak accidnt sbb terkejut n cuba nak elok bayangan hantu tu. time drive highway elok pasang al quran lah. ayat2 Allah.

Aqilah Mohamad said...

Ye betul2 . Cerita dua dan tiga ada dlm movie karak . Erkk seram je jalan tu -__-

COPYRIGHT @ NYAMUK TERBANG 0216