TEMAN SETIA

TIPS | Jom Jadi Tinggi

ASSALAMUALAIKUM!!!

lama kan aku tak buat tips
haha
hari nie aku nak buat tips untuk tinggi
bukan sengaja nak buat weyh
tapi nie semua disebabkan raya hari tue
semua sepupu aku mai ukur tinggi dengan aku
memang berasap telinga menerima tomahan sorang-sorang
apatah lagi bila tinggi aku sama dengan budak darjah 5 
ok cukup ayat skema!!


grrrr....baru aku sedar..pendek rupanya aku nie
pendek yang melampau pulak tue *152cm
selama nie aku perasan tinggi rupanya
wahaha
ok bagi sapa-sapa yang senasib dengan aku
jom kita cuba tips nie
|
|
|
|
|
\/
1. Tidur Mau Cukup

- tidur nie penting gila...pastikan tidur anda anda cukup 
sekurang-kurangnya 6- 8 jam sehari
kalau nak taw tidur masa siang hari nie boleh meningkatkan growth hormone kita
jadi secara tak langsung tinggi kita akan bertambah
tidur yang cukup juga boleh kurangkan risiko sakit jantung
dan dan panjangkan umur
*patutlah aku pendek..aku tidur sikit gila dalam sehari



2. Banyakkan mengambil Protein dan Kalsium

- banyak-banyak la minum susu
sebab ada banyak kalsium dalam tue
kalau susah sangat
belasah ja calci-yum
saya mahu tinggi!!
makan makan makan
minum susu nie pun boleh kurangkan risiko osteoporosis 
*aku tak suka susu memang patut pendek




3. Jangan biarkan diri sentiasa bongkok

- nenek nenek si bongkok tiga
siang mengantuk malam berjaga
bla bla bla
tahukah anda bahawasanya membongkok kan diri melambatkan proses pertumbuhan
yang nie aku rasa student yang selalu buat masa dalam kelas *termasuk aku
ala action kamen hampa bila time cikgu mengajar dekat depan
tidur atas meja!!
jangan jangan
tak tinggi hampa kalau selalu buat macam tue
*kenapalah aku baru taw hari nie...dah 5 tahun aku amalkan aktiviti tue



4. Posisi tidur harus betul

-kalau hampa nak tinggi kan
tidur secara terlentang dan lurus
tangan mesti dekat sisi
memang susah la bunyi dia
aku dah la tidur buas
aiyaaa macam mana nak tinggi kalau macam nie



5. Sentiasa bergayut

- ha yang nie paling berkesan
pergi dekat mana-mana pokok yang berdekatan
tak kesah la pokok rambutan ka
durian ka mangga ka mahupun pokok kaktus
bergayut la semampu yang boleh
kalau susah sangat
cari empat orang kawan
suruh depa tarik kaki dengan tangan hampa sekuat yang mungkin
perghhh memang sah lepas tue tinggi
huahuahua!!



ok itu saja tips dari aku
yang nombor 5 tue jangan ikut
rekaan semata-mata
=.=

p/s:: orang cakap pendek nie comel okbai

NT:: keluar dengan cik Kucing..orang semua cakap aku akak dia..grrr~~

sumber:: google dan medulla oblongata aku





TERIMA KASIH SUDI SINGGAH :)

5 sayang gua:

merahitujambu said...

tinggi sy 163 cmtu..tinggi x??=p..tapi sbb faktor keturunan kot..

Ku Azhar said...

ikat kaki kt tiang lps tu ikat kepala kt kereta dan suruh kawan press minyak! :D

Qienah said...

hihi..pndek ke?akak lg le..145cm je.sm size dgn student thn4.huhu..xleh wkpe..kturunnan kot.

Namee Roslan said...

laaa baru saya tahu!!! :D kalau tidur tak cukup pun boleh bantut. dulu saya sedih kenapa saya tinggi...sebab sy panjang dan kurus. tp skang dah redha sebab tak comel. jadi lah si panjang. hehe...tp sy tak la tinggi sgt..164cm..

Alya Esprézzo™ said...

kalau aku, nak cpt tinggi tu tips yg no 5 tu..haaaaaaaaaa gayutt laa sampaii penatt, hahahah

COPYRIGHT @ NYAMUK TERBANG 0216